Pages

Tuesday, May 15, 2012

Ketika K.A.S.I.H mula bersatu.




"Dia"bukan rezeki saya...

Saya 'pernah ' bergelar bakal seorang ibu.....tapi hanya mampu bertahan selama 2bulan sahaja,.
Bermakna Allah tahu saya tidak layak @ mampu lagi menjadi seorang ibu.Allah tahu setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Banyak juga nama bayi yang comel-comel berlegar dalam mindaku ini, tapi semuanya hanyalah harapan.

Maafkan ibu sayang kerana terpaksa lepaskan kamu,ibu sayang kamu dan akan ingat saat manis bersama kamu walaupon seketika sahaja kamu berada dalam tubuh ibu mu ini.Jika ditanyakan rindu,semestinya.. walaupon dia baru menjadi seketul darah tetapi dia adalah zuriat pertama saya
yang terlalu saya nantikan.

Ibu harap sangat kita akan bertemu di padang masyar nanti,itu yang ibu hajati dan impikan agar
dapat melihat wajah kamu yang suci itu.Jika kamu adalah lelaki, ibu berikan panggilan Muhammad,
dan jika kamu adalah perempuan,ibu gelarkan kamu sebagai Medina.

Walau apapon,kamu tetap yang sulong dan sentiasa berada dalam ingatan ibu.Airmata itu sentiasa mengalir setiap malam di kala semua orang sedang tidur, terlalu merindui kamu....

Assalammualaikum yang akan ibu ucapkan jika bertemu dengan kamu di akhirat nanti....Amin...

Tuesday, November 15, 2011

Detik-detik bertukar "status" >>>-sIngLe-to>>>-Married-

Detiknya sudah ditetapkan....Diari ini dibuka semula untuk jadikan ia sebagai kenangan sebelum

bergelarnya menjadi Puan Zukhairu Anuar.(02.Disember.2011) adalah tarikh untuk aku di ijab

dan kabulkan...untuk bergelar seorang isteri.

Bagai mimpi,"dia" adalah sebahagian daripada rusukku.Ya Allah terima kasih kerana satukan

yang dua menjadi 'satu'.Cebis-cebis hari untuk berakhir menjadi sebagai bujang akan ku amati

sebaik yang mungkin menjadikan ia kenangan terindah sebelum dua juiwa menjadi satu hati.

17.JAnuari.2009 akan ku simpan ia menjadi kenangan di minda ini.

Wahai bakal suami ku, semoga kamu akan hargai saya sebagai isterimu,kawanmu dan segalanya

hingga ke akhir hayatmu, dan semoga kita akan bertemu di akhirat nanti sekali lagi sebagai

adam & hawa.(Amin).

Thursday, October 13, 2011

Salam Cinta...

Ya Allah...syukur kepada Mu diatas pemberianmu......
Syukur.....
Persedian uNtuk bertukar "status"..
Menjadi milik si dia yaNg akan berkongsi hidup denganku...

Memang pelbagai dugaan kami tempuhi,
Tapi ada seseorang mengingatkan saya...
bahawa Allah memberikan dugaan kerna.....
Percaya hambanya boleh menyelesaikan......
Ya saya pegang nasihat itu sebagai semangat.....
Memang benar fakta itu.....
Terima Kasih....

Persediaan demi persedian.....
Untuk sampai pada taRikh tersebut....
Ku mohon pada mu ya Allah...
Agar merestui "kami"....

Dugaanmu mengajar aku untuk belajar menjadi dewasa.....
Terima Kasih....

Wednesday, August 17, 2011

Apakah ertinya semua ini...

Tekanan demi tekanan yang aku sendiri hadapi,huarghhhhhh ingin ku lontarkan jeritan ini ditengah lautan agar ombak bergelora menandakan yang aku sedang puas melenyapkan segala masalah yang bermain dimindaku.
Pergi...pergilah wahai 'si tekanan'..aku sudah tidak kuat untuk menghadapi dugaan ini.....Wahai laut,jika aku berada ditengah lautanmu,telanlah aku bersama ombak besarmu itu......
Mungkin juga dugaan ini menjadikan kita lebih matang & lebih berhati-hati dengan 'sekeliling' kita sendiri....
Walau bergenang mana pun airmata kita,tiada penyembuhnya hanya jika aku memohon kepadaNya agar menjadikan aku lebih tabah untuk mengharungi setiap 'koma' dalam ayat kehidupanku ini.

Wahai ceritaku,apalah lagi yang akan dijadikan baris-baris setiap kejadian yang akan berlaku,aku sedia menanti untuk menghadapi setiap cabaran yang akan dicoretkan..Hanya diri ku sendiri yang dapat bertahan atau tidak.

Sekian.

Friday, August 12, 2011

da..da...di..du....apakah itu C.I.N.T.A

Sepi itu mengajar erti riNdu....

Rindu pula meNgajar erti sabar......

Sabar pula mendidik kita menjadi lebih tabah dalam setiap perkara....

Muncul pula si sayang yang menyelubungi diri sendiri.....

Akhirnya itu la yang dinamakan C.I.N.T.A.....

Khas untuk kalian semua yaNg sudi membacanya....

Coretan ini juga khas uNtuk tunangku yang tersayang......

Ini la saya yaNg sedang jatuh cinta dengan si dia yaNg teRsayang....